6 Cara Untuk Pilih Business Partner Yang Terbaik
- Nuer Nuer
 - Sep 15, 2018
 - 3 min read
 
Cabaran yang biasa dilalui oleh setiap usahawan ialah kerana mereka bukanlah seorang supermanatau superwoman yang boleh melakukan semua pengurusan perniagaan. Kredibiliti mereka juga terhad kepada seseuatu perkara.
Seorang usahawan tidak dilahirkan mahir dalam semua kerja. Keupayaan mereka ada had tertentu. Tapi kalau sekadar untuk memudahkan pengurusan, mereka boleh saja mengupah pekerja yang ramai atau mengupah konsultan untuk membantu operasi syarikat.
Bukankah ia akan merugikan kewangan dan masa ? Kenapa harus merumitkan diri sedangkan ada cara lain boleh diguna pakai. Jawapannya, apa kata cari rakan kongsi yang boleh bersama-sama membangunkan perniagaan.
Dalam memulakan perniagaan, anda mungkin boleh melakukan sendirian. Tapi tidak semua perkara yang akan selesai. Malah lagi merumitkan. Buang sifat ego dan malu. Berdua lebih baik daripada melakukan sendiri.
Melakukan sesuatu dengan sendiri, hanya akan mengikut kata hati sebab tidak ada yang akan membantah. Akhirnya makan diri dan rugi. Cari yang berkriteria serta berkebolehan dalam memberi idea, bijak menguruskan hal ehwal operasi dan kewangan, mengatur strategi, berani mengambil risiko.
Yang terbaik, boleh menjadi rakan kongsi untuk jangka masa panjang. Perbezaan idea adalah lumrah namun adakalanya lebih merangsang kepada kelainan dalam strategi perniagaan.
Apa yang penting, persetujuan antara rakan kongsi dalam membuat keputusan yang terbaik. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mencari partner dalam perniagaan.
1-Senaraikan Deskripsi Tugas Rakan Kongsi
Calon rakan kongsi mungkin kawan baik, suami atau isteri mahupun keluarga. Mereka semua berpotensi untuk duduk sebelah dengan anda. Dinasihatkan jangan mulakan menulis deskripsi tugas.
Fokus kepada kekuatan dan kelemahan perniagaan anda. Apa yang telah anda berjaya lakukan dan apa lagi kekurangan yang perlukan perubahan. Kemudian, cuba senaraikan kemahiran dan pengalaman calon rakan kongsi anda yang boleh menjadi pelengkap kepada deskripsi tugasan.
Contohnya, calon mempunyai kemahiran dan pengalaman perakaunan yang tidak ada pada anda, maka itu adalah satu bonus untuk membantu syarikat dalam pengurusan kewangan. Syarikat yang berjaya bukan sahaja disebabkan bos yang baik, tapi pengurusan kewangan yang tip top.
2-Buat Pertimbangan Seperti Mencari Pelabur
Hakikatnya, nak cari calon rakan niaga yang berpotensi ibarat seperti mencari pelabur untuk perniagaan kita. Bezanya, rakan kongsi adakalanya turut membuat pelaburan untuk keuntungan dalam saham syarikat atau mereka hanya diberi peratus keuntungan atas idea,pengalaman dan pengurusan syarikat.
Rajinkan diri anda dengan menyertai pameran keusahawanan ataupun menjadi peserta dalam forum dan bengkel perniagaan. Sebagai contoh, program MIHAS atau MAHA anjuran agensi kerajaan Malaysia adalah bertujuan untuk rangkaian perniagaan “business networking” .
Anda kena bijak dan buang rasa malu untuk berkenalan dengan rakan-rakan niaga lain. Cara lain adalah talian melalui media sosial Facebook, Twitter dan Linkedin. Ramai yang lebih selesa dengan Linkedin yang menghubungkan kepada ahli yang profesional dan berprofil tinggi.
Anda juga boleh mula merajinkan diri untuk melayari “biz-site” seperti StartupWeekend, StartupAgents dan CoFounderLab. Banyakkan berinterasi dengan ahli-ahli perniagaan tentang isu berkaitan dengan dunia usahawan.
3-Tinjau Aktiviti Usahawan Peringkat Universiti
Jangan pandang rendah kepada pelajar-pelajar universiti. Ini adalah platform permulaan mereka yang minat dengan dunia usahawan.
Selain mereka, rakan partner yang boleh dipertimbangkan adalah golongan tenaga pelajar seperti profesor, pensyarah, kakitangan dan ketua-ketua pergerakkan pelajar. Mereka semua ini mempunyai personaliti kepimpinan, beraspirasi yang tinggi,bijak membuat keputusan.
4-Berharmoni Dengan Perbezaan Latar Belakang
Dalam kepantasan ekonomi yang global pada hari ini, tidak mustahil untuk anda mendapat rakan niaga berasal daripada negara lain yang mempunyai geografi dan buadaya yang berbeza. Tidak boleh menidakkannya, kerana ia boleh berlaku.
Seseorang usahawan yang berjaya adalah kerana berpandangan jauh boleh menerima kepelbagaian dan perbezaan budaya dalam perniagaan. Jangankan perbezaan negara, perbezaaan negeri pun kadang-kadang boleh jadi penyebab salah faham dalam komunikasi dan keputusan dalam perniagaan.
Belajarlah untuk saling bertoleransi dan ambil gilirian untuk mengalah demi kepentingan syarikat bukan kepentingan sendiri.
5-Sering Lakukan Aktiviti Bersama
Bagi mencari aura persamaan supaya tidak kekok dalam berkerjasama, lakukan aktivti sampingan di luar pejabat. Habiskan masa dengan hobi, bersukan, memancing atau hi-tea sambil berborak perihal yang pengalaman, keluarga dan sebagainya.
Ini salah satu langkah mengenali karekter rakan partner anda lebih dekat sebelum menyerahkan sebahagian kuasa syarikat kepadanya. Perhubungan bukan untuk jangka masa pendek malah ia berisiko. Awas, jangan silap memilih.
Namun, harus juga beringat untuk menjaga pergaulan mengikut adab yang disarankan agama atau tidak melepasi garisan moral supaya kita tidak tersasar daripada matlamat asal kita.
Takut-takut nanti, bisnes entah kemana, keluarga jadi berantakan kerana kehadiran orang ketiga, masalah peribadi pula yang bertambah-tambah.
6- Siapa Yang Akan Jadi Bos?
Setiap perniagaan, hanya akan ada satu perlantikan CEO. Jadi, apa jua persetujuan anda dan rakan niaga, salah seorang akan mendapat mandat dan berkuasa mutlak membuat keputusan jika terjadi isu yang rumit.
Tidak semestinya kedua-dua partner mendapat share keuntungan yang sama, harus diagihkan mengikut nilai modal wang, usaha dan kemahiran yang dilabur. Kita wajib kena ada rasa saling menghormati antara satu sama lain.
Yang penting sekali adalah persetujuan. Jangan lupa kesemuanya harus ada hitam putih sebab manusia sifatnya boleh berubah-berubah. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah bila ada yang mengambil kesempatan.




Comments