top of page

3 Teknik Ringkas Untuk Menarik Prospek Anda Secara Online

  • Writer: Nuer Nuer
    Nuer Nuer
  • Sep 15, 2018
  • 2 min read

Dunia perniagaan kini sangat pantas  memasuki era e-dagang yang menyediakan pelbagai medium untuk pemasaran produk dan perkhidmatan sekali gus menguntungkan para usahawan.

Adanya platform ini, kesedaran terhadap aktiviti perniagaan menjadi lebih kreatif dan membangun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Selari dengan sabda   Nabi Muhammad s.a.w, 9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan (riwayat At-Tirmizi). Maka kebenaran itu tidak sedikit pun tersasar malah kalau kita bijak menggunakan peluang, tidak mustahil kita boleh menjadi jutawan segera walupun dalam keadaan ekonomi yang sedang merundum.

Namun, untuk menjadikan usahawan itu kaya raya dan mendapat keuntungan secara konsisten, 3 perkara ini harus dilaksanakan dan dipraktikan supaya pelanggan percaya terhadap apa yang ditawarkan.

Ini kerana pelanggan bebas untuk memilih pelbagai lambakan produk dan perkhidmatan yang seakan-akan sama di pasaran.


1- Jaga Kualiti Produk Yang Dijual

Setiap pelanggan mempunyai hak untuk memastikan kualiti sesuatu yang ditawarkan untuk dinilai dan dibeli memuaskan hati.

Bermula dari kualiti, kuantiti akan secara langsung  akan bertambah kerana disebabkan rasa puas hati yang disebarkan melalui pengaruh pengalaman pengguna lain dan produk atau perkhidmatan.

Kualiti boleh ditafsirkan dalam pelbagai versi. Selalunya, kualiti adalah berkaitan dengan pendapat pengguna tentang keupayaan produk dan perkhidmatan.

Adakalanya, tarikan pembungkusan lebih menampakkan kualiti berbanding kandungan produk. Ada yang lebih cerewet terhadap pengesahan rasmi daripada badan-badan pensijilan seperti GMP, HALAL ,HACCP, KKM dan sebagainya.


2-Penjenamaan Imej Yang Menarik

Imej adalah persepsi atau tanggapan trademark yang ditafsirkan oleh minda. Imej adalah suatu yang dicipta dan diilusi melalui pemikiran dan dikembangkan oleh pengguna berdasarkan apa yang dilihat.

Reputasi yang baik serta konsisten  daripada produk dan perkhidmatan memberi impak yang membolehkan pengguna percaya selari dengan promosi yang diiklankan.

Jika dulu, hanya pengeluar yang besar dan gah mampu mengeluarkan produk atau perkhidmatan dengan mengambil kira penjenamaan imej melalui pembungkusan, logo, warna serta tagline.

Jangan terlalu berkira untuk mengeluarkan kos mencipta penjemaan imej yang akan menampak lebih eksklusif dan unik. Ini kerana daya tarikan fizikal itulah titik permulaan prospek untuk ingin lebih dekat dan mengetahui isi yang ditawarkan.

Sebagai contoh, membeli sehelai baju dengan harga yang minimal tetapi pembungkusan yang unik dan eksklusif dengan sekeping kad ucapan diibaratkan membelinya di gedung yang ternama. Percayalah! Pasti ada pembeli berulang kerana mereka merasakan dihargai.

Keaslian sesuatu produk dan perkhidmatan tidak harus dipandang remeh. Pengguna kini lebih bijak memilih keaslian walaupun adakalanya pensijilan sudah disertakan.

Mereka lebih cerewet untuk memilih pengilang ataupun pengusaha primer daripada sekunder mahupun pihak ketiga. Jadi, jangan mengambil jalan mudah untuk memilih jalan pintas menjadi jutawan kaya tapi kelak memberi kesan buruk kepada pengguna.


3- Membuat Pengiklanan Dan Promosi Secara Aktif

Tujuan promosi dan pengiklanan adalah memberitahu dan memujuk pembeli melalui strategi tertentu. Peniaga tidak boleh terlalu loket untuk melabur dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan.

Promosi diibaratkan memasang bubu pada lubuk ikan. Tepat pada kawasannya, maka banyaklah ikan yang terperangkap. Begitu juga dalam konsep iklan dan promosi.

Kaedah yang mudah digunakan dengan memberi sampel, harga pengenalan,pembelian dengan pembelian, potongan harga, rebet, kupon, cabutan bertuah dan seumpamanya yang mudah menarik prospek bertukar status kepada pembeli yang setia.

Kaedah mudah dan murah terbaru yang kian digunakan melalui facebook live lebih trendy  mendapat lebih ramai tarikan dengan berkongsi video berserta tagline yang disediakan.

Kemudian pemenang dipilih secara rawak mahupun secara saringan akan diberikan saguhati, token mahupun sampel untuk memberi penghargaan kepada prospek.



Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2018 by shiroi and roses. Proudly created with Wix.com

bottom of page