4 Mitos Salah Mengenai Usahawan Yang Anda Perlu Tahu
- Nuer Nuer
 - Sep 15, 2018
 - 3 min read
 
Sebut sahaja usahawan, sememangnya ramai nak jadi usahawan, berhenti makan gaji dan mula beri gaji.Pendek kata, kehidupan kita hari ini dikelilingi dengan masyarakat kreatif dengan idea perniagaan. Maka, wujudlah pelbagai peluang perniagaan untuk melengkapi keperluan dan kehendak.
Tambahan lagi, pengaruh daripada usahawan muda ternama seperti Mark Zuckerberg sangat mempengaruhi dalam gelombang dunia usahawan dan ramai anak-anak muda sangat terinspirasi mahu berjaya seperti beliau. Jutawan di usia muda!
Selalunya, ramai yang berfikir mudah untuk bergelar usahawan. Hanya bermodalkan sedikit kewangan untuk permulaan dan mengaut keuntungan. Mitos jadi usahawan bermakna jadi jutawan adalah salah sama sekali. Untuk menjadi seseorang usahawan dan yang luar biasa perlu memiliki 4 perkara berikut.
1-Usahawan itu adalah pemimpin
Usahawan yang berjaya bukan sahaja diukur dari segi keuntungan dan dikenali oleh orang ramai. Usahawan juga mesti berketrampilan dalam kepimpinan. Bagaimana dia menguruskan perniagaannya, bagaimana sikapnya dalam kepimpinan.
Bagaimana berjayanya sesebuah perniagaan adalah kerana kebijaksanaan memimpin yang ada pada seorang pemilik perniagaan.
Ada yang mengatakan seseorang itu sememangnya telah dicipta dan ditakdirkan menjadi usahawan semenjak dilahirkan. Tapi realitinya, sikap kepimpinan usahawan itu lahir daripada pelbagai sudut dan bentuk.
Keperibadian itu diolah daripada setiap situasi yang berlaku dalam perniagaan dan cara menanganinya.Seseorang usahawan itu adakalanya memiliki sifat introvert dan extrovert.
Apa jua berbezaan personaliti usahawan, mereka harus bijak dalam menerima dan memberi idea, menerima kritikan, tidak mudah mengalah serta berani membuat keputusan “Ya” atau “Tidak” dan setiap keputusan itu diterima serta dihormati oleh kumpulan.
2-Kaya Dengan Idea
Dunia usahawan bukan sekadar jual beli. Proses jual beli adalah aktiviti yang rutin untuk kiraan untung rugi. Tapi bagaimana produk dan perkhidmatan itu sama dengan pesaing lain?
Adakah keuntungan hari ini akan meningkat sedangkan pesaing bijak menggunakan taktik serang hendap menarik semua pelanggan ?
“Move on!” Atau dalam erti kata lain bertindak diluar keselesaan kotak. Menjadi usahawan harus mempunyai sikap yang pro aktif dan agresif terhadap pembaharuan. Idea dan kreativiti sangat memainkan peranan.
Setkan dalam minda, perniagaan adalah satu pertarungan! Di mana setiap strategi harus di atur secara berkala mengikut keperluan dan musim. Permikiran seorang usahawan sentiasa berputar dan tidak boleh duduk diam.
Ada saja yang difikirkan untuk mmbuat kelainan . Penat! Bukan tak penat! Asyik berfikir sepanjang masa! Malah lebih penat daripada berkebun. Kalau otak malas untuk berfikir , lebih baik makan gaji saja!
Tengok contoh usahawan tempatan yang berjaya, Dato Aliff Syukri, bijak dan ligat memperkembangkan perniagaannya daripada produk kecantikan kepada pakaian dan kini kepada hartanah.
Biar kita berani membuat perubahan pelik dan jengkel tapi akhirnya dapat menarik pelabur untuk meluaskan empayar perniagaan. Ayuh usahawan, Keluar dari zon seronok dan nyaman!
3-Kebebasan Tanpa Had
Bila ditanya pada usahawan yang pernah bekerja makan gaji tetap kenapa berhenti kerja. Jawapan paling cliche adalah “kebebasan waktu” . Itu tepat. Kenapa perlu menghukum diri sendiri jika kita boleh mengatur waktu untuk berkerja sambil bersantai bersama orang tersayang? Maka, lebih baik berhenti makan gaji dan jadi bos!
Benar. Kebebasan waktu itu milik kita. Kita bebas mengatur waktu untuk bekerja, bercuti, bersama keluarga, menghantar anak sekolah dan sebagainya. Kebebasan tanpa batasan bukan bermaksud suka suka atau berlenang lenang tanpa ada strategi dan jadual yang rapi.
Sebenarnya, mengatur jadual sendiri dengan kebebasan waktu itu teramatlah mencabar. Usahawan yang berjaya memulakan langkahnya setiap waktu subuh dan menjadi lebih sibuk menguruskan pelbagai strategi perniagaan.
Mereka tidak bebas sebenarnya. Mereka cuma bebas untuk melakukan apa yang mereka minat. Tidak perlu menyiapkan laporan berkala, tidak perlu melaporkan kepada bos, tidak perlu disuruh itu ini.
Sebagai pemilik perniagaan, waktu mereka sibuk dalam pengurusan strategi perniagaan, sibuk dalam mengira keuntungan dan lagi sibuk untuk menjaga kebajikan pekerja.
Bab kewangan, mereka tidak bebas menggunakan keuntungan semata-mata untuk keseronokan. Displin dan amanah itu juga amat penting kerana jika bebas menggunakan apa saja dari segi masa,kuasa dan duit silap-silap perniagaan akan terabai tanpa sedar. Kata kunci kebebasan sebenar adalah displin.
4-Jalan Mudah Untuk Menjadi Kaya
Tiada jalan singkat dan mudah untuk jadi kaya. Merompak sekalipun memerlukan strategi dan risiko yang tinggi. Walaupun 9/10 rezeki itu daripada berniaga,1/10 itu adalah dugaan dan halangan yang terbesar dan tidak semua orang boleh tempuh. Tidak ada istilah berniaga mendapat untung dengan sekali jualan. Untung rugi adalah kebiasaan.
Seperti dalam topik sebelum ini, jalan mudah menjadi kaya ialah displin dan usaha serta kreativiti. Tolong jangan selesa dengan zon nyaman! Bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan risiko mendatang.
Bangkit! Cari pelabur baru untuk pelaburan perniagaan yang dijalankan. Luaskan empayar perniagaan dan kukuhkan graf keuntungan supaya sentiasa selari dan menaik.
Setiap kejayaan yang dikecapi adakalanya diuji dengan pelbagai ujian. Sebab itu jangan terlalu seronok dan leka dengan satu kejayaan yang diperoleh dan sewenangnya menggunakan keuntungan syarikat.
Kekayaan itu tidak datang dengan satu kejayaan, ia hanyalah permulaan.




Comments